Pound lebih susut berbanding US Dollar hari ini sementara menanti keputusan kadar faedah oleh BoE pada malam ini.
GBP/USD menurun 0.18% dalam sesi hari ini.
Dalam mesyuarat itu, BoE dijangka menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas rentetan laporan ekonomi UK yang tidak memberangsangkan.
Pun begitu, US Dollar dilihat kekal stabil didorong oleh data dari sektor swasta yang memuaskan.
Dalam masa yang sama, sterling juga direkod rendah berbanding Euro, dengan EUR/GBP meningkat sebanyak 0.11%
Adakah ekonomi UK akan berubah selepas pengumuman malam ini? Baca artikel berkaitan disini!