Presiden Fed Ada Berita Gembira Untuk ‘Hodler’ Kripto

278

Pasaran kripto kini sedang bergelut disebabkan pendirian hawkish oleh Federal Reserve (Fed) hingga telah mendorong harga Bitcoin (BTC) jatuh di bawah paras $20,000 sebelum melantun semula, manakala Ethereum (ETH) menunjukkan pertumbuhan yang lembap.

Walaupun begitu, pegawai utama Fed barangkali mempunyai khabar gembira untuk komuniti kripto.

Menurut Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic mengungkapkan bahawa tindakan dalam memerangi inflasi boleh mengakibatkan kadar faedah menjadi perlahan.

Secara realitinya, pasaran kripto merosot disebabkan oleh pendirian agresif Fed kerana bertindak memerangi inflasi di Amerika Syarikat (AS) dengan langkah pengetatan kuantitatif serta kenaikan kadar faedah demi menghapuskan paras inflasi yang tinggi.

Sementara itu, pasaran kripto bimbang lantaran ahli Fed yang berpendirian dovish sebelum ini mula beralih ke arah yang lebih hawkish dalam menentang inflasi, malah Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan dalam ucapannya di Jackson Hole bahawa kesan negatif akan berlaku kepada isi rumah dan perniagaan yang akan membuatkan pasaran kripto tumbang.

Disebabkan pernyataan tersebut, pasaran mata wang kripto terus merosot termasuklah kebanyakan pakar mula bimbang kenaikan kadar faedah 100 mata asas tidak dapat dielakkan.

Kontradiksinya, pendapat daripada Bostic boleh membawa khabar baik kepada pasaran kripto.

Tambahan itu, pasaran kripto semakin kukuh selepas berlakunya pendedahan Indeks Harga Pengguna (CPI) AS pada bulan Ogos adalah lebih rendah daripada jangkaan termasuklah Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE).

Justifikasinya, jika data seterusnya turut menyerlahkan kemajuan Fed, kenaikan kadar faedah 50 mata asas boleh dipertimbangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat