Presiden Perancis Positif Covid-19!

156

Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah disahkan positif Covid-19 hari ini. Oleh yang demikian, beliau akan mula menjalani kuarantin. Untuk pengetahuan semua, beliau adalah salah seorang daripada beberapa pemimpin dunia yang telah disahkan positif Covid-19, termasuk Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Presiden AS, Donald Trump.

Selain itu, pemimpin negara berkenaan menjalani pemeriksaan setelah mengalami beberapa gejala. Berdasarkan peraturan nasional, beliau telah dikenakan kuarantin selama 7 hari. Namun beliau akan terus bekerja dan menjalankan tugasnyaa dari jarak jauh.

Sehubungan dengan itu, lawatan Macron ke Lebanon yang dijadualkan pada minggu depan terpaksa dibatalkan.

Selain itu, Perdana Menteri Perancis Jean Castex juga akan menjalani kuarantin setelah menjadi salah seorang kontak rapat dengan presiden berkenaan.  Tambahan daripada itu, isteri Macron Brigitte turut akan berbuat demikian meskipun tidak mengalami sebarang gejala.

Sementara itu, Perancis awal minggu ini telah melonggarkan sekatan yang dikenakan untuk memerangi gelombang kedua coronavirus tetapi kadar jangkitan didakwa masih tinggi.

Terdapat lebih 59,300 angka korban yang dicatatkan di Perancis akibat coronavirus sejak penularan awal virus berkenaan.

Lebih membimbangkan apabila lebih dari 17,000 kes jangkitan baru yang dicatatkan dalam tempoh sehari ketika orang ramai mula sibuk membuat persiapan menjelang Krismas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat