Presiden Ukraine Nak Jumpa Biden, Putin Apa Khabar?

158

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky akan tiba di Washington pada hari Rabu untuk bertemu Presiden Joe Biden di White House dan berucap di hadapan Kongres.

Ini merupakan lawatan luar pertamanya sejak Rusia melancarkan serangan pada Februari.

White House mengumumkan lawatan itu dalam satu kenyataan, menyifatkannya sebagai komitmen teguh Amerika Syarikat untuk menyokong Ukraine selagi diperlukan, termasuk melalui bantuan ekonomi, kemanusiaan dan ketenteraan.

Sementara itu, Presiden Zelensky mengesahkan lawatan tersebut dalam tweet yang mengatakan beliau dalam perjalanan ke Washington.

Melalui utusan yang menjemput Zelensky untuk berucap pada mesyuarat bersama Kongres, Speaker Dewan Rakyat Nancy Pelosi menyifatkan usaha untuk Ukraine adalah sebagai perjuangan untuk demokrasi itu sendiri.

Lawatan itu berlaku ketika penggubal undang-undang AS akan mengundi pakej perbelanjaan akhir tahun yang merangkumi kira-kira $45 bilion bantuan kecemasan untuk Ukraine.

Dalam pada itu, Biden juga mengesahkan pakej baharu bantuan keselamatan hammpir $2 bilion termasuk bateri peluru berpandu Patriot yang akan meningkatkan keupayaan pertahanan udara negara itu dengan ketara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat