Prestasi Ringgit Jatuh, Gabenor BNM Akan Jawab – PM Anwar

866

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut berkenaan soalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Ia merupakan respon ringkas yang dibalas oleh beliau semasa menjawab pertanyaan media di Kuala Lumpur tadi.

Sementara itu, mata wang tempatan terus merekodkan prestasi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini. Tepat jam 9 pagi tadi, ringgit berkurangan 4.7870 berbanding dolar AS daripada 4.7850 semasa ditutup pada Isnin (semalam).

Penurunan berterusan ringgit berpotensi meletakkan mata wang tempatan itu melepasi rekod paras terendahnya ditambah pula dengan kelemahan eksport serta pengukuhan dolar AS.

Ringgit hanya memerlukan lagi 2% untuk mencecah RM4.8850 setiap dolar AS. Paras kali terakhir dilihat pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau.

Mata wang tempatan telah jatuh hampir empat peratus tahun ini.

Ketua Penyelidikan Asia di Australia dan New Zealand Banking Group (ANZ), Khoon Goh, berkata berdasarkan data semasa terdapat risiko ringgit akan mencapai paras terendah baharu sepanjang masa.

Memetik laporan Bloomberg Intelligence, ekonomi China yang meruncing menjejaskan eksport Malaysia yang telah merosot untuk bulan ke-10 berturut-turut pada Disember.

Walaupun Malaysia masih mencatatkan lebihan akaun semasa, nisbahnya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah jatuh kepada paras hampir terendah dalam tempoh 20 tahun, mengehadkan sokongan untuk mata wang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat