Preview News Besar Malam Ini : Penetapan Dasar Monetari Bank of Canada (BoC)

1,200

Bank of Canada (BoC) dijangka akan menaikkan kadar faedahnya pada malam ini daripada 1.25% kepada 1.50%. Dalam pengumuman polisi kali ini, bank pusat akan mengeluarkan Laporan Dasar Monetari (Monetary Policy Report, MPR) di mana Gabenor Poloz juga akan mengadakan sidang media.

Polisi monetari terkini akan diumumkan pada pukul 10 malam, di mana sidang media oleh Poloz akan dijalankan pada pukul 11.15 malam.

Walaupun bank pusat seakan pasti menaikkan kadar faedahnya, tetapi ketidaktentuan dalam isu perdagangan global tetap diambil kira oleh BoC.

Keadaan Ekonomi Semasa Kanada

Jika tidak mengambil kira isu perdagangan global, perkembangan semasa ekonomi Kanada dinilai sebagai konsisten dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Keadaan ekonomi semasa menunjukkan ‘output-gap’ semakin kecil. Output gap adalah perbezaan antara keluaran sebenar (actual output) ekonomi dan potensi keluaran (potential output). Potensi pengeluaran adalah amaun maksimum barang dan perkhidmatan yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara.

Selain itu, inflasi juga semakin hampir dengan sasaran dengan pertumbuhan ekonomi diunjur berada pada atau lebih daripada potensi yang boleh dicapai. Pertumbuhan ekonomi pada April merekodkan bacaan lebih daripada jangkaan sejajar dengan unjuran MPR bulan April iaitu pertumbuhan ekonomi 2.5% pada suku kedua 2018.

Apa yang Berlaku Dalam Mesyuarat Sebelum Ini?

Bank pusat mengekalkan kadar faedah di paras 1.25% seperti yang dijangka. Walaubagaimanapun, BoC memeberikan panduan (guidance) yang hawkish kepada pasaran.

Matawang CAD juga melonjak pada ketika itu apabila bank pusat menyatakan ekonomi Kanada berkembang mengikut jangkaan. Bank pusat juga telah membuang frasa “some monetary policy accomodation will still be needed,” dan menjelaskan bahawa jika keadaan ekonomi bergerak mengikut jangkaan, oleh itu perlunya kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi.

Apa Trader Runcit Perlu Buat?

Sudah pasti tumpuan kita adalah kepada matawang CAD. Jangan teruja dengan kenaikan kadar faedah BoC kerana ia telah pun dijangka oleh pasaran.

Walaupun bank pusat menaikkan kadar faedahnya, tumpuan akan berfokus kepada MPR iaitu unjuran data-data ekonomi penting sama ada terdapat peningkatan atau sebaliknya.

Tumpuan juga akan terarah kepada panduan yang akan diberikan oleh bank pusat dalam kenyataan polisi awal dan dalam sidang media Poloz bermula pukul 11.15 malam.

Dengan perkembangan semasa dalam perang perdagangan, terdapat potensi untuk BoC memberikan panduan yang dovish pada malam ini.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat