PREVIEW Penetapan Polisi Monetari ECB Jam 7.45 Malam

45

European Central Bank (ECB) akan mengumumkan polisi semasa pada jam 7.45 malam dan dikuti dengan sidang media yang akan diadakan 45 minit selepas itu. Para pelabur akan memberi perhatian kepada kenyataan polisi dan sidang media bagi mendapatkan isyarat baru program rangsangan bank pusat di masa hadapan.

# Program QE boleh diubah mengikut kesesuaian

Kebimbangan bermula berikutan pasaran tidak menyangka ucapan Presiden ECB dalam persidangan di Portugal pada Julai yang lalu lebih bernada hawkish dengan menetapkan pendirian lebih agresif dalam hal-hal berkaitan polisi kewangan, dan memberi petunjuk bahawa program pelonggaran kuantitatif (QE) boleh diubah mengikut kesesuaian.

Kata beliau, “Ketika ekonomi semakin pulih, pendirian polisi yang tetap lebih sesuai dan bank pusat akan bersama dalam proses pemulihan dengan mengubah beberapa parameter (tools) terhadap instrumen polisi”.

# Euro terus meningkat sehingga 2.4% berbanding dolar

Sejak mesyuarat polisi terakhir pada bulan Julai, euro telah meningkat hampir 2.4% berbanding dolar US, sekaligus menambahkan lagi kebimbangan terhadap negara-negara pengeskport dalam kesatuan Eropah terutamanya Jerman, pemilik ekonomi terkukuh dalam blok tersebut.

Walau bagaimanpun, Presiden Draghi cuba memperlahankan sebarang jangkaan pada mesyuarat ECB kali ini dengan menyatakan majlis pentadbiran hanya akan mula membincangkan sebarang pelarasan yang berpotensi untuk program pelonggaran (QE) pada musim luruh nanti.

Keputusan tidak akan dibuat secara tiba-tiba kerana ECB ingin memastikan politik di Eropah dalam keadaan tenang sebelum melakukan sebarang perubahan pada polisi monetari. Oleh itu, mesyuarat bulan ini mungkin berakhir tanpa sebarang perubahan pada monetari sedia ada.

# Apa yang boleh dijangkakan?

Jangkaan tidak boleh dilakukan pada pengumuman polisi monetari berdasarkan kadar faedah atau pengurangan terhadap program QE. Namun, kita boleh lebih fokus kepada retorik yang dimainkan oleh Draghi dan bagaimana beliau merujuk kepada masa depan dasar monetari.

Adakah majlis pentadbiran akan terus menyemak data-data ekonomi semasa? Adakah berdasarkan inflasi? Adakah polisi sesuai untuk diubah dalam keadaan inflasi yang lemah?.

Selain itu penelitian juga boleh diberikan kepada jangkaan inflasi dan perkembangannya bagi tahun 2019. Hal ini penting kerana akan memberi impak yang besar terhadap hal tuju pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat