Projek Terbaru DeFi, Hotdog Menyaksikan Penyusutan Drastik 5 Minit Selepas Pelancaran

194

Siapa sangka usaha DeFi menerusi projek terbaru berkonsepkan makanan, Hotdog menemui titik penamat beberapa minit selepas dilancarkan.

Protokol DeFi terbaru itu ditubuhkan dengan jaminan pulangan yang tinggi hingga mencecah 10000% APY, bertujuan untuk menarik minat liquidity providers.

HotdogSwap baru sahaja dilancarkan pada 2 September, menyaksikan lonjakan harga token HOTDOG lebih daripada $5,000.

Walau bagaimanapun, ‘kemenangan’ itu tidak kekal lama apabila pelabur mengambil kesempatan dengan membawa keluar keuntungan yang diraih hingga menyebabkan harga menyusut drastik dalam tempoh lima minit!

Harga token HOTDOG terkini bernilai $0.0332.

Sama seperti platform Sushi, platform Hotdog membenarkan liquidity providers untuk mendeposit token liquidity pool Uniswap untuk meraih token HOTDOG.

Melalui cara itu, pengguna secara tidak langsung berpeluang untuk mendapatkan sebahagian protocol’s fee yang terkumpul di dalam token walaupun peruntukan liquidity telah dibawa keluar.

Lonjakan dan penyusutan drastik token DeFi menggambarkan pendekatan pelabur hanya berdasarkan keuntungan semata-mata. Hasil daripada sikap tamak pelabur telah mendorong kepada kehancuran projek itu sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat