Rakyat Malaysia Lepas Ni Nak Beli Online Pun Kena Cukai?

427

Kerajaan Malaysia bercadang untuk memperkenalkan cukai perkhidmatan baharu untuk pembelian dalam talian sebanyak kira-kira 0.02%.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin, cukai berkenaan berkemungkinan dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian bernilai RM1,000 ke bawah.

Namun, pihaknya masih belum menetapkan nilai pembelian minimum yang membolehkan cukai itu dikenakan.

Ujar Zahidi Zainul, cadangan itu masih dalam fasa perancangan oleh kementerian sebelum dibentangkan di Parlimen.

Jelasnya, langkah tersebut dibuat bagi mencari sumber pendapatan baharu untuk meningkatkan keselamatan komunikasi bagi menyekat ancaman siber dan penipuan dalam talian.

Tambah Zahidi Zainul, cukai itu bukan sebahagian daripada Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Menurutnya lagi, kebanyakan transaksi dalam talian tidak dikenakan cukai pada ketika ini, sekali gus menyebabkan kerugian pada pendapatan cukai terhadap kerajaan.

Beliau juga menyatakan berlaku peningkatan ancaman siber di seluruh dunia yang menyebabkan kerugian berjuta ringgit.

Sejak 1 Januari lalu, Malaysia telah mengenakan cukai digital sebanyak 6% terhadap penyedia perkhidmatan digital luar negara seperti Netflix, PlayStation Store, Google Play Store, Adobe Creative Cloud, AWS dan Facebook Ads.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat