Ramai Pelabur Domestik Yakin Dengan Malaysia – Tengku Zafrul

218

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, peningkatan dalam pelaburan domestik menunjukkan keyakinan pelabur semakin meningkat terhadap Malaysia.

Katanya lagi, sebanyak 45% daripada RM225 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan sejak Januari hingga September 2023 adalah melibatkan pelabur domestik.

Tahap keyakinan mereka terhadap negara ini telah meningkat berikutan limpahan ekonomi positif daripada pelaburan tempatan seperti yang dinyatakan semasa program Ada Apa dengan NIMP 2030 – Maju Industri, Maju Ekonomi Rakyat bersempena Program Ulang Tahun Pertama Kerajaan Madani.

Tengku Zafrul juga berkata bahawa MITI akan terus memberi tumpuan untuk meningkatkan keyakinan pelabur domestik untuk terus melabur di Malaysia melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Bagi pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI), beliau berkata MITI akan memastikan banyak aspek lain yang perlu diperbaiki dan pelaburan yang diluluskan dapat direalisasikan secepat mungkin.

Malaysia telah menarik pelaburan bernilai RM225 bilion yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama sejak Januari hingga September 2023.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6.6% daripada pelaburan RM211 billion yang diluluskan sejak tahun lepas.

Beliau juga berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pelaburan berdasarkan wawasan dan bukannya sektor dalam memacu ekonomi negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat