Ramai Pelabur Panik, Jual Bitcoin (BTC) Ketika Pasaran Runtuh!

1,847

Sudah lebih dua bulan sejak Bitcoin (BTC) mencatat nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $68,789.63.

Berdasarkan laporan daripada firma analitik, Glassnode, sejumlah pelabur yang membeli bitcoin ketika harganya berlegar di paras sekitar $60,000 telah pun menjualnya di saat aset itu bernilai $35,000-$38,000.

Pada masa yang sama, indikator ada menunjukkan pelabur jangka masa panjang masih lagi hodl walaupun krisis Rusia-Ukraine baru-baru ini membawa sentimen FUD.

Sebagai rekod, Glassnode menggunakan UTXO Realized Price Distribution (URPD) terhadap beberapa tarikh penting tahun lepas dan dibandingkan dengan situasi semasa.

URPD berfungsi sebagai penjejak harga Bitcoin yang terbaru. Penggunaan URPD juga sangat berguna untuk mengenalpasti berapa keuntungan atau kerugian pelabur.

Berikut rincian berdasarkan pemerhatian menggunakan URPD:

  • 10 Mei
    • Berlakunya tekanan pembelian ketika harga $54,000-$60,000 sebelum harga aset mendadak susut.
    • Glassnode menyifatkan situasi itu merupakan tempoh penjualan bitcoin dari pelabur amatur kepada pelabur profesional.
  • November
    • Ketika harga bitcoin kembali meningkat, mencapai zon ATH; URPD sekali lagi menunjukkan isyarat yang sama tetapi penjualan berlaku sekitar harga $62,000; $47,000; dan $35,000.

Manakala segelintir pelabur yang menambah BTC pada Mei sehingga Julai, telah mendapat keuntungan sepanjang Ogos sehingga November.

Menurut Glassnode, tingkah laku pelabur mendorong ketidaktentuan pasaran kripto. Misalnya pelabur yang sanggup berputih mata menanggung kerugian selepas membeli BTC ketika harga tinggi.

Berbeza dengan hodlers yang masih bertahan dengan gelora pasaran. Buktinya kecairan aset di kebanyakan platform pertukaran kripto masih stabil sejak Julai 2021 dan rekod deposit juga semakin susut, bermakna pasaran sudah mula didominasi oleh pelabur jangka masa panjang.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $43,896, meningkat lebih 1% dalam 24 jam.

Adakah anda juga hodl atau menunggu masa untuk jual?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat