Ramalan Harga Emas: XAU/USD Diniagakan Berhati-Hati

877

[Artikel Tajaan]

Dollar Amerika telah didagangkan stabil hari ini selepas didagangkan rendah pada sesi pasaran New York semalam.

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh ahli komiti Fed Loretta Mester dan Neel Kashkari dengan jelas telah menunjukkan bahawa Fed tidak akan tergesa-gesa untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah pada tahun ini. Kenyataan ini dilihat dapat merangsang permintaan Dollar Amerika.

Untuk makluman, pada hari ini di sesi New York, penjualan US-10Y Treasusry Bonds bakal dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu pasaran emas dijangka akan didagangkan secara “consolidation” sehingga penjualan bon dilaksanakan.

Selain itu juga pemain pasaran akan tertumpu terhadap petunjuk baharu melalui ucapan beberapa ahli komiti Fed seperti Fed Barkin dan Bowman yang dijadualkan pada hari Khamis nanti.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, harga emas dilihat diniagakan berhati-hati di paras harga $2,030. Jika paras tersebut mampu memberikan sokongan terhadap emas, $2,050 dilihat akan menjadi penghalang utama.

Namun jika $2,030 gagal dipertahankan,  harga emas dijangka akan menguji pada paras harga $2,000.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat