DOGE masih lagi panas, mencuri perhatian seluruh peminat matawang kripto. Hari ini, matawang shiba inu berjaya mencatat paras tertinggi sepanjang masa, $0.083 pada awal pagi tadi, menunjukkan lonjakan lebih 55% dalam 24 jam.
Rupanya lonjakan tersebut ekoran daripada penyanyi rap Amerika, Snoop Dogg telah menyertai pengasas Tesla, Elon Musk dan penyanyi rock kumpulan Kiss, Gene Simmons dalam memuatnaik kicauan berkaitan DOGE di laman Twitter semalam.
@elonmusk pic.twitter.com/KElwKghpei
— Snoop Dogg (@SnoopDogg) February 6, 2021
Harga matawang itu dibuka pada $0.056 dan melonjak kepada $0.083 pada pagi tadi sebelum kembali menyusut kepada $0.082. Lonjakan tersebut turut menghapuskan paras tertinggi terdahulu pada bulan lepas iaitu $0.078.
Sehingga ke hari ini, DOGE berjaya mencatatkan peningkatan harga aset lebih daripada 1,380%.
Selang beberapa jam selepas tweet tersebut, Musk memuat naik meme yang diinspirasikan oleh Lion King, dirinya sedang mengangkat Simmons yang mengangkat Dogg yang menjulang shiba inu.
So … it’s finally come to this … pic.twitter.com/Gf0Rg2QOaF
— Elon Musk (@elonmusk) February 7, 2021
Bagi yang tidak tahu, Simmons turut menyertai komuniti tersebut selepas dirinya membuat pengakuan sebagai ‘God of Dogecoin’ pada Sabtu di Twitter.
God Of Dogecoin. pic.twitter.com/FK6spgS7ZM
— Gene Simmons (@genesimmons) February 6, 2021
Permodalan pasaran semasa DOGE mencatatkan angka lebih $9 bilion, meraih kedudukan ke-10 sebagai aset kripto paling bernilai selepas Chainlink (LINK) dan Litecoin (LTC).
Penyanyi pop, Kevin Jonas juga menunjukkan sokongan terhadap DOGE dengan tweet-nya pada Sabtu, “All I’m saying… $doge”.
Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.07, naik 21.56% dalam tempoh 24 jam.