Ratu Máxima Belanda Perkenan Euro Digital Untuk Eropah!

114

Pencapaian Bank Pusat Eropah (ECB) dalam melancarkan euro digital berjaya mendapat restu oleh Ratu Máxima dari Belanda dalam memberi sepenuh sokongan terhadap usaha tersebut.

Ratu mengulas bahawa kewujudan euro digital itu mampu meringankan beban rakyat Belanda dengan rancangan untuk pemansuhan yuran transaksi serta keperluan dokumentasi.

Difahamkan kenyataan tersebut telah dibicarakan secara maya ketika beliau hadir di persidangan Eropah yang bertemakan “Towards a legislative framework enabling a digital euro for citizens and for businesses” pada 7 November lalu.

Umumnya, mata wang digital bank pusat (CBDC) dapat menyokong Kesatuan Eropah mengurangkan kos pengiriman wang, tetapi pihak bertanggungjawab harus melaksanakan pembaharuan dasar serta perlindungan untuk menangani sebarang kesulitan.

Rentetan itu, setiap sektor awam berfungsi memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan sistem kewangan yang inklusif dan responsif agar mampu menubuhkan euro digital yang dapat dimanfaatkan kepada semua rakyat Eropah menurut Ratu Máxima.

Secara konteks, Ratu Máxima yang telah menjadi permaisuri Belanda sejak 2013 menggunakan platform miliknya untuk menyokong teknologi kewangan seperti CBDC.

Malah, beliau turut berkhidmat sebagai peguam bela khas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk kewangan inklusif pembangunan.

Dalam pada itu, Belanda dilaporkan adalah pusat bagi persidangan Bitcoin Amsterdam pada bulan Oktober dan penggubal dasar.

Pada sisi berbeza, platform exchanger kripto berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) iaitu Coinbase juga berhasrat mengembangkan perkhidmatannya ke Belanda sejurus selepas bank pusat negara itu memberi kelulusan kawal selia pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat