RBA Dah Beri Petunjuk Jelas, Siap Sedia Trader!

1,101

Tumpuan utama sesi Asia hari ini terarah kepada penerbitan laporan minit mesyuarat oleh Reserve Bank of Australia (RBA) setelah bank pusat itu mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisi awal bulan ini.

Menurut laporan yang diterbitkan, para ahli jawatankuasa RBA telah berbincang mengenai kemungkinan untuk pelonggaran dasar monetari lebih lanjut, termasuk mengurangkan kadar faedah dan ke arah sifar dan melanjutkan pembelian bon kerajaan yang lebih lama.

Pelonggaran selanjutnya dikatakan akan membantu mengurangkan risiko kestabilan kewangan dengan memperkukuhkan penyata imbangan ekonomi dan sektor swasta, sehingga menurunkan jumlah pinjaman tidak berbayar.

Sementara itu, jawatankuasa RBA turut membincangkan implikasi terhadap kadar pertukaran dolar Australia, memberi petunjuk jelas bahawa bank pusat mungkin akan memotong kadar faedah dan memperluaskan program pembelian bon untuk menurunkan kos pinjaman dan nilai matawang.

Selain itu, RBA turut menyatakan bahawa pemulihan mungkin akan perlahan dan tidak sekata, sementara inflasi pula dijangka akan perlahan untuk beberapa waktu. Pengangguran juga diramalkan tetap tinggi untuk jangka masa panjang.

Sehubungan daripada itu, bank pusat menganggap bahawa sokongan fiskal dan monetari diperlukan untuk beberapa waktu.

Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan sebelum penerbitan minit mesyuarat, pembantu Gabenor RBA, Chris Kent memberitahu bahawa salah satu pilihan alat monetari adalah pembelian bon lebih jauh daripada keluk hasil (yield curve).

Dolar Aussie susut lebih rendah susulan penerbitan laporan minit mesyuarat RBA yang menguatkan lagi jangkaan pasaran bahawa bank pusat akan menurunkan kadar faedah pada mesyuarat polisi bulan depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat