RBA Gemparkan Pasaran, Dolar Aussie Terbang Melayang!

237

Reserve Bank of Australia (RBA) mengejutkan pasaran mata wang dengan meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 3.85% pada mesyuarat polisi terbarunya.

Ini ternyata meleset daripada jangkaan pasaran yang melihat bahawa bank pusat itu akan mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah.

Mari teliti catatan utama yang diambil daripada keputusan mesyuarat tersebut.

  • Usaha mengembalikan inflasi kepada sasaran kekal menjadi keutamaan bank pusat.
  • Beberapa pengetatan lanjut dasar monetari mungkin diperlukan.
  • Tetapi, ia bergantung kepada bagaimana ekonomi dan inflasi berkembang.
  • Walaupun data terbaru menunjukkan inflasi menurun, tetapi ramalan tetap melihat ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk kembali ke sasaran.
  • Inflasi diunjurkan berada pada 4.5% pada 2023, dan 3% pada pertengahan 2025.
  • Ekoran itu, penggubal dasar menilai peningkatan selanjutnya dalam kadar faedah adalah wajar hari ini.
  • RBA akan terus memberi perhatian terhadap perkembangan ekonomi global, aliran perbelanjaan isi rumah dan prospek inflasi serta pasaran buruh.
  • Kadar pengangguran diramalkan meningkat secara beransur-ansur kepada sekitar 4.5%pada pertengahan 2025.
  • KDNK diramalkan meningkat sebanyak 1.25% tahun ini dan sekitar 2% pada 2024 hingga pertengahan 2025.
  • Laluan untuk mengelak kemelesetan masih sempit.
  • RBA kekal berwaspada terhadap risiko yang dijangka berterusan.

Rentetan daripada keputusan luar jangka itu, dolar Aussie melonjak hampir 1% berbanding US dolar untuk didagangkan tinggi pada sekitar harga 0.6690.

Selain itu, dapat dilihat juga bahawa RBA masih terbuka untuk melaksanakan kenaikan kadar faedah walaupun telah membiarkannya tidak berubah pada mesyuarat bulan lalu.

Justeru, pelabur perlu memberi tumpuan selanjutnya terhadap data-data ekonomi utama Australia yang diterbitkan sebagai panduan kepada penetapan dasar RBA seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat