RBA Tepati Jangkaan, Dolar Australia Melonjak Sebelum Susut Ke Paras Terendah!

320

Reserve Bank of Australia (RBA) menurunkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini menepati jangkaan ramai penganalisis ekonomi dengan pengurangan kepada 0.75% sebagai langkah untuk meransang kelembapan pertumbuhan ekonomi negara.

Sebaik sahaja pengumuman dikeluarkan, dolar Australia terus melonjak ke paras 0.6765 namun ia kembali menyusut ke tahap terendah mendekati paras 0.6700 disebabkan petunjuk oleh RBA mengenai pelonggaran dasar monetari akan datang jika diperlukan.

Perkembangan ekonomi negara selama 28 tahun tanpa diganggu kemelesetan telah dijejaskan oleh risiko yang semakin meningkat sejak tahun lalu dengan kelembapan pertumbuhan, kelemahan inflasi, kegoyahan dalam pasaran hartanah dan pengangguran semakin tinggi.

Tindakan ini juga dilihat sebagai membantu meningkatkan aktiviti di luar pasaran perumahan negara dengan peningkatan harga rumah terutamanya di Sydney dan Melbourne. Bagaimanapun, data kelulusan untuk membina rumah baru mencatat kemerosotan ke tahap terendah sejak 2013.

Berikutan daripada itu, penganalisis ekonomi menjangkakan berlaku penyusutan dalam pekerjaan melibatkan pembinaan yang akan meningkatkan kadar pengangguran. Tindakan ini juga sebagai menyokong pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan serta memberi keyakinan yang lebih besar bahawa inflasi akan selaras dengan sasaran jangkaan sederhana.

Ekonomi masih mempunyai kapasiti ganti dan kadar faedah yang lebih rendah akan membantu menembusi ke arah itu. RBA juga mengambil kira tindakan yang dilakukan oleh bank pusat negara luar untuk merangsang ekonomi dan kesan dalam ekonomi Australia dan hasil inflasi.

RBA akan terus memantau perkembangan termasuk dalam pasaran buruh dan bersedia untuk melonggarkan lagi dasar monetari jika diperlukan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan, mencapai pekerjaan penuh serta mencapai sasaran inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat