‘Recap’ Pasaran Sekarang – Trader Wajib Tahu

641

Recap isu dalam pasaran sekarang:

1. Kes Covid-19 semakin meningkat. Semalam saja (Selasa) kes baru bertambah sebanyak 254,988 seluruh dunia. Amerika Syarikat (54,504), Brazil (56,41) dan India (51,282) mendahului senarai kes yang dilaporkan. Kes di Asia dan Eropah juga semakin menaik.

2. Stimulus package‘ tambahan AS untuk bantu jutaan rakyat dijangka bernilai $3 trillion masih belum diputuskan. Pakej sebelum ni dah expired 31 Julai lepas – antara bantuan utama yang diberi adalah $600 setiap minggu untuk rakyat yang kehilangan pekerjaan. Sekarang bantuan telah dihentikan.

3. AS-China trade deal. 15 Ogos ini AS & China akan kembali ke meja rundingan.

4. Isu dalaman AS yg melemahkan USD – kes covid di AS masih tinggi, stimulus package (pakej rangsangan ekonomi untuk bantu rakyat yg terjejas oleh Covid-19) yang belum diputuskan , ketegangan politik dalaman terutama menjelang pilihanraya AS November ini, ketegangan politik dengan negara luar terutama dengan China.

5. Data NFP jumaat ini dinantikan pelabur dengan jangkaan penurunan dari data bulan sebelum ini.

6. Perkembangan isu EU-UK brexit deal yang tiada perkembangan baru dan kurang meyakinkan.

7. Kenaikan EUR/USD & GBP/USD semalam lebih disebabkan kerana kelemahan US Dolar.

8. Untuk GBP, pelabur menantikan laporan monetary policy Bank of England (BOE) esok (Khamis 2 petang waktu Malaysia).

Rancang trading anda dengan kawalan yang bijak dan berhemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat