Ringgit Cecah RM4.80, Rekod Terburuk Dalam Sejarah!

1,442

Ia merupakan hari yang menyedihkan buat mata wang ringgit selepas jatuh ke paras terendah sepanjang masa berbanding dua mata wang yang rapat seperti dolar AS dan dolar Singapura.

Semalam, Gabenor Bank Negara mengeluarkan kenyataan bahawa ringgit diramalkan meningkat pada tahun ini. Beliau menganggap paras semasa ringgit terkini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam temu bualnya dengan Bernama berkata beliau enggan mengulas berkenaan ramalan sasaran akhir tahun bagi kadar pertukaran dolar AS dan ringgit.

Walau bagaimanapun, kerajaan dalam usaha untuk menarik pelaburan langsung asing bagi membantu meningkatkan prestasi ringgit pada tahun ini.

Sementara itu, ringgit kini mencecah harga 4.7948 berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini. Ia menjunam semalam ke paras terendah RM4.80 melebihi krisis kewangan Asia iaitu RM4.77 yang berlaku pada 9 Januari 1998.

Selain itu, pertumbuhan keluaran ekonomi kasar yang lemah diterajui oleh aktiviti eksport yang lembap di China serta menyebabkan prestasi mata wang ringgit makin lemah. Ekonomi Malaysia hanya berkembang 3.7% pada 2023, lebih rendah daripada ramalan rasmi sebanyak 4%, yang juga merupakan konsensus di kalangan ahli ekonomi.

Ringgit didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia seperti yen Jepun, euro dan pound Britain.

Mata wang tempatan itu juga diniagakan agak bercampur-campur dengan mata wang Asean lain di mana ia susut berbanding baht Thailand dan juga dolar Singapura.

Namun, ia kukuh sedikit berbanding rupiah Indonesia dan setara dengan peso Filipina.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat