Ringgit ‘Dimalukan’ Lagi, Cecah RM4.76 Pada Pembukaan Minggu Ini!

656

Nilai ringgit dijangka diniagakan dalam julat peningkatan berbanding dolar AS sepanjang minggu ini. Pagi tadi, mata wang tempatan itu naik kepada 4.7569 iaitu meningkat 0.82% berbanding pada penutup minggu lepas iaitu 4.7281.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes berkata bahawa ringgit akan mengalami sedikit kemunduran pada minggu ini kerana data pekerjaan AS yang kukuh akan menyaksikan mata wang dolar AS lebih kuat.

Menurut Afzanizam pula, unjuran pertumbuhan global yang dicatatkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan daripada 2.9% kepada 3.1%.

Ini bermakna berlakunya pengukuhan dalam pertumbuhan global dan mengurangkan kebimbangan terhadap pertumbuhan yang lemah kerana kadar faedah global mungkin berada pada trajektori yang lebih rendah.

Walau bagaimanapun, mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakkannya lebih tinggi daripada sekumpulan mata wang utama.

Ia bertambah baik berbanding yen Jepun kepada 3.1999 daripada 3.2142, kukuh juga berbanding pound Britain kepada 5.9976 dan naik berbanding euro kepada 5.1252.

Selain itu, ringgit pula didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang Asean lain.

Ia sedikit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.5379 berbanding minggu lepas iaitu 3.5309, rendah juga berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat