Ringgit Terus Mengukuh Hari Ini, Dolar Jatuh Ke Paras Terendah 32-Bulan Lalu

101

Ringgit didagang lebih kukuh berbanding dolar US hari ini, kekalkan peningkatan tertinggi mingguan pada tahun ini selepas dolar terus jatuh akibat ketidaktentuan politik dan ekonomi Amerika, selain perkembangan ekonomi Malaysia ketika ini menarik minat sebahagian pelabur.

Matawang Asia yang lain turut meningkat apabila pelabur menyaksikan peletakan jawatan Naib Pengerusi Rizab Persekutuan US, Stanley Fischer sebagai tanda bahawa Federal Reserve ketika ini akan lebih berhati-hati menaikkan kadar faedah sekali lagi, sekaligus menjunam dolar ke paras terendah 32-bulan yang lalu.

Pasangan matawang USD/MYR terus menyusut sebanyak 0.59% daripada penutupan semalam RM4.2095 kepada RM4.1855 setakat jam 2.45 petang.

Antara paras-paras yang signifikan hari ini adalah seperti berikut: Support 4.1733, 4.1442;  Resistance 4.2262, 2.2505

Ringgit juga disokong oleh peningkatan hasil eskport serta rizab antarabangsa yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik dan Bank Negara Malaysia semalam. Selain itu, ringgit terus kukuh apabila BNM kekalkan kadar faedah 3% semalam dengan melihat pertumbuhan ekonomi yang baik serta inflasi yang sederhana mencerminkan prestasi ekonomi pada tahun ini.

Semua faktor diatas memperkuatakan sentimen pelabur ke arah Malaysia secara keseluruhannya.

Strategis Scotiabank, Qi Gao menulis dalam notanya, walaupun ringgit terus mengukuh pada Khamis, nilai ringgit kekal lemah (undervalued) berdasarkan kadar pertukaran efektif nominal atau real.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat