Ringgit Terus Naik Selepas Bank Negara Beri Isyarat Kenaikan Kadar Faedah

182

Ringgit mengekalkan pengukuhannya pada Jumaat selepas melonjak tinggi pada Khamis. Ringgit kini berada di landasan untuk merekodkan kenaikan tertinggi mingguan sejak dua bulan lalu.

Faktor utama yang melonjakkan Ringgit pada Khamis adalah komen Bank Negara Malaysia (BNM) yang lebih hawkish dalam kenyataan polisi yang dikeluarkan. Jika dilihat secara keseluruhan, komen dalam penetapan polisi kali ini lebih positif berbanding kenyataan polisi dalam mesyuarat sebelum itu.

Antara perkara penting yang diperkatakan oleh BNM adalah, “dengan pengukuhan dalam keadaan makroekonomi global dan domestik, MPC (Monetary Policy Committee) akan mempertimbangkan untuk menilai semula darjah akomodasi dalam polisi monetari. Ini bagi memastikan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih kukuh.”

Komen BNM untuk menilai semula darjah akomodasi menunjukkan kesediaan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah di masa akan datang. Ini adalah satu ‘guidance’ (panduan) yang menunjukkan BNM sedang mempertimbangkan untuk mengetatkan polisi.

Untuk berita lanjut tentang penetapan polisi monetari BNM, Klik sini.

Ringgit pada Jumaat terus merekod kenaikan yang juga disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah dunia dan juga prospek kenaikan kadar faedah lebih tinggi di Asia Tenggara.

Maybank berkata dalam laporannya bahawa perubahan dalam kenyataan BNM adalah sejajar dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas pada 2018 dengan kenaikan pertama mungkin akan berlaku pada Mei.

Semalam, Senat Republikan mahu menangguhkan perancangan cukai sehingga tahun 2019 yang memberi risiko kepada US dolar ketika ini.

Andi Ji, ketua strategi matawang di Commonwealth Bank Australia berkata, ia akan membantu matawang-matawang Asia untuk mengukuh berbanding US dolar.

“Penangguhan ini adalah satu kekecewaan kepada US dolar.”

Ringgit sejak Khamis menguat berbanding matawang-matawang Asia Tenggara yang lain seperti Rupiah dan Dolar Singapura.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat