Komen Hawkish Bank Negara Melonjakkan Ringgit Lebih Tinggi Berbanding USD

125

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar faedah utamanya dalam penetapan polisi monetari pada Khamis di paras 3.00%. Walaupun dengan inflasi keseluruhan tahun 2017 dijangka naik lebih tingggi dari sekitar unjuran 3% ke 4%, BNM masih mengekalkan polisi sebelum ini.

Bank pusat dalam kenyataan polisi rasmi yang dikeluarkan pada Khamis berkata, “ekonomi global terus mengukuh.”

“Pertumbuhan semakin sekata di seluruh dunia. Perdagangan global meningkat secara signifikan. Dengan pertumbuhan yang kukuh, masalah kecil dalam ekonomi semakin berkurangan di negara maju. Di Asia, pertumbuhan dipacu oleh aktiviti domestik dan permintaan kukuh daripada luar. Pasaran kewangan secara relatifnya lebih stabil sejak akhir-akhir ini.”

“Bagi tahun 2018, ekonomi global diunjur dengan pertumbuhan yang kukuh. Walaupun ada risiko dalam geopolitik dan perkembangan polisi di beberapa negara maju, prospek ekonomi dijangka terus baik.”

“Bagi Malaysia, pertumbuhan ekonomi akan lebih stabil. Sektor domestik dan luar akan terus kukuh. Momentum pertumbuhan telah dipacu oleh kesan ‘spillover‘ dari sektor luaran kepada domestik dengan firma membuat pelaburan dalam kapasiti produktif, kenaikan gaji dan pengambilan pekerjaan.”

“Penggunaan swasta (private consumption) akan terus memandu pertumbuhan yang disokong oleh peningkatan dalam pendapatan dan keadaan semasa pasaran pekerjaan. Pelaburan akan terus kukuh didorong oleh projek infrastruktur dan pelaburan modal yang tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.”

BNM menegaskan pertumbuhan akan kekal kukuh pada 2018.

Inflasi domestik pula dipandu oleh  pergerakan harga minyak mentah dunia. Oleh sebab itu, inflasi naik 4.3% pada September berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia. Bagi 2017, inflasi utama dijangka bergerak sederhana disebabkan faktor kos global. Tren inflasi di Malaysia akan bergantung kepada harga minyak mentah dunia pada masa akan datang. Manakala inflasi-teras (Core-Inflation) akan terus kukuh disokong oleh permintaan domestik.

Pada kadar faedah semasa (OPR), pendirian bank pusat kekal akomodatif (menyokong ekonomi).

Dengan pengukuhan dalam keadaan makroekonomi global dan domestik, MPC (Monetary Policy Committee) akan mempertimbangkan untuk menilai semula darjah akomodasi dalam polisi monetari. Ini bagi memastikan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih kukuh.

Komen di atas yang lebih hawkish berbanding sebelum ini seterusnya telah menolak Ringgit lebih tinggi berbanding matawang-matawang yang lain termasuk US dolar.

Ringgit naik 322 pip berbanding US dolar selepas kenyataan polisi dikeluarkan pukul 3 petang tadi pada Khamis sehinggalah setakat ini pukul 7.42 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat