Ripple Bakal Lancar ‘Liquidity Hub’ Untuk 6 Matawang Kripto

2,604

Ripple telah mengumumkan perkhidmatan baru khas kepada syarikat kewangan yang akan membolehkan menawarkan perdagangan matawang kripto kepada pelanggan mereka.

Syarikat yang berpangkalan di San Fransisco itu mendedahkan perkhidmatan Liquidity Hub dalam sebuah catatan blog pada 9 November, yang menggembar-gemburkan ‘crypto-first future‘ di mana setiap syarikat perlu mempunyai strategi untuk aset kripto.

Perkhidmatan baru ini akan menyasarkan pelanggan perusahaannya, akses kepada aset digital daripada pelbagai penyedia seperti bursa, pembuat pasaran dan institusi kewangan lain. Ciri itu kini masih berada di peringkat pratonton dan akan dilancarkan pada 2022.

Liquidity Hub akan menggunakan smart order routing untuk mencari aset digital pada harga terbaik, menurut pengumuman tersebut. Rakan kongsi pertama untuk perkhidmatan baru ini adalah Coinme.

Sebagai permulaan, Liquidity Hub akan menyokong Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Ethereum Classic, Bitcoin Cash dan XRP. Namun, syarikat itu juga berharap untuk menawarkan aset digital seperti NFT pada masa akan datang.

Eksekutif Ripple, Asheesh Birla memberitahu bahawa tawaran terbaru itu dibuat sebagai tindak balas kepada pelanggan yang bertanya sama ada firma itu boleh memberikan mereka dan pelanggan akses kepada matawang kripto lain.

XRP tidak menunjukkan reaksi ketara susulan pengumuman ini, menyaksikan aset itu didagangkan di sekitar harga $1.24 pada waktu artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat