Ripple Tidak Mengalah, Bakal Lancarkan XRPL

2,643

Walaupun berhadapan dengan saman daripada Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS), Ripple nampaknya masih mahu melancarkan XRP Ledger (XRPL) ke bank-bank pusat.

Firma blockchain itu melantik tiga pengurus teknikal bersama bank pusat bagi pejabatnya di San Francisco, New York dan London bagi membantu dalam mereka bentuk dan penggunaan matawang digital bank pusat (CBDC).

XRPL telah dibangunkan bagi menyokong penerbitan stablecoins dengan ciri unik dan fungsi token yang serupa dikenali ‘Matawang Terbitan’.

Jelas Ripple, “Matawang Terbitan direka sebagai platform stablecoin yang ideal bagi memudahkan penerbit untuk mewujudkan, mengeluarkan dan menguruskan sebarang aset termasuk stablecoins, menggunakan pengurusan mudah dengan pelbagai fungsi”.

Terdahulu Pejabat Pengawas Mata Wang (OCC) telah membenarkan bank-bank pusat untuk menggunakan stablecoins dalam pembayaran sambil berfungsi sebagai nod dalam INVN (rangkain pengesahan nod bebas).

Ripple nampaknya masih tidak mengalah mahu mengembangkan rangkaiannya. Ketika penulisan, firma ini sedang menawarkan 27 jawatan seluruh dunia.

Terbaru, pihak mereka telah menerima bekas eksekutif dengan 15 tahun pengalaman bersama Amazon, Devraj Varadhan sebagai Naib Presiden Kanan terbaharu.

Varadhan yang mengetuai pasukan kejuruteraan Ripple juga pernah membangun perisian awan dan perusahaan bersama Microsoft untuk dua tahun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat