Pelabur Kripto Patut Tahu Apa Itu Stablecoins

210

Jika anda pengikut setia isu kripto, anda pasti perasan beberapa artikel Intraday.my mengandungi perkataan “stablecoins“.

Apa itu stablecoin dan apa kaitannya dengan matawang kripto?

Sebenarnya, stablecoin juga sebahagian daripada aset digital. Cumanya memiliki ciri khas, meniru nilai matawang fiat seperti ringgit, dolar dan yen.

Kewujudan stablecoin di dalam industri kripto adalah bertujuan untuk memastikan nilai kripto tidak berubah semasa transaksi ke seluruh dunia pada kadar yang lebih murah.

Disebabkan pasaran kripto jauh lebih kecil berbanding pasaran konvensional, pelaburan kripto menjadi sangat berisiko dan masih belum sesuai digunakan untuk pembayaran.

Berdasarkan pemerhatian, sebaik sahaja sesuatu transaksi selesai, nilai kripto berpotensi untuk melonjak atau susut, berbeza daripada nilai sebenar sebelum transaksi dijalankan.

Tetapi stablecoins tidak begitu. Aset ini mempunyai kebolehan yang tidak akan dipengaruhi dengan pergerakan harga. Sebaliknya, terikat dengan nilai matawang fiat.

Justeru, aset ini dilihat sebagai satu tempat perlindungan yang dipercayai ketika pasaran tidak menentu.

Setiap kategori stablecoins mempunyai cirinya tersendiri:

Fiat-backed stablecoins (Stablecoins yang disokong fiat)

  • Disokong oleh matawang fiat dengan nisbah 1:1.
  • Bank menyimpan sejumlah matawang fiat dalam simpanan dan mengeluarkan sejumlah token yang sebanding.
  • Contoh: Ali memiliki $1 juta dolar dan mengedarkan satu juta token yang bernilai $1 dolar setiap satunya. Pengguna bebas untuk memperdagangkannya sama seperti mereka lakukan terhadap token atau matawang kripto dan bila-bila masa sahaja Ali dapat menebusnya pada harga yang sama dengan nilai USD.
  • Contoh stablecoin: Tether (USDT) dimana nilainya sentiasa bersamaan $1.

Crypto-backed stablecoins (Stablecoins yang disokong kripto)

  • Disokong oleh matawang fiat dengan matawang kripto lain sebagai jaminan.
  • Tidak stabil seperti fiat-backed stablecoins.
  • Caranya, pengguna mengunci matawang kripto di dalam satu kontrak yang mengeluarkan token. Kemudian, untuk dapatkan semula jaminan tersebut, mereka dikehendaki untuk membayar semula stablecoins dengan kontrak yang sama, termasuk faedah.
  • Contoh stablecoin: DAI

Algorithmic stablecoins (Algoritma stablecoins)

  • Tidak disokong oleh fiat atau matawang kripto
  • Bergantung kepada algoritma dan smart contracts yang menguruskan pengeluaran bekalan token.
  • Contoh: Sistem ini akan mengurangkan bekalan token jika harga susut bawah matawang fiat. Manakala, jika harga melonjak melepasi nilai matawang fiat, token baru akan dikeluarkan untuk mengurangkan nilai stablecoins.

Keseluruhannya, setiap kebaikan ada keburukannya. Namun, tidak bererti kebolehan stablecoins wajar dipandang enteng memandangkan peranannya mengurangkan risiko dengan menstabilkan nilai matawang kripto terutama melibatkan sebarang transaksi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat