Rishi Sunak Janji Bertegas Dengan China Jika Jadi Perdana Menteri UK

312

Rishi Sunak berjanji untuk bersikap tegas terhadap China jika beliau menjadi perdana menteri, melabelkan negara itu sebagai ancaman jangka panjang terbesar kepada Britain.

Janji bekas menteri kewangan itu dibuat selepas pesaing utamanya, Liz Truss menuduh beliau bersikap lemah terhadap China dan Rusia.

Malah, laporan terbaharu daripada Global Times yang dikendalikan kerajaan China juga berkata Sunak adalah satu-satunya calon yang mempunyai pandangan jelas dan pragmatik dalam membangunkan hubungan UK-China.

Bagi mengukuhkan sokongan terhadap beliau, Rishi Sunak berjanji untuk menutup semua 30 Institut Confucius China di UK.

Dibiayai oleh kerajaan China, institut-institut itu dibina sebagai pusat budaya dan bahasa, tetapi pengkritik melabelkannya sebagai alat propaganda di tengah-tengah hubungan yang semakin buruk antara Barat dan Beijing.

Selain itu, Sunak turut berikrar dalam menentang pencerobohan teknologi oleh China dengan melaksanakan pindaan kepada Rang Undang-undang Pendidikan Tinggi yang akan memaksa universtiti UK untuk mendedahkan sebarang perkongsian pembiayaan asing lebih daripada £50,000.

Beliau juga komited untuk mengkaji semula semua perkongsian penyelidikan UK-China yang mungkin membantu Beijing secara teknologi atau mempunyai aplikasi ketenteraan serta memperluaskan capaian MI5 untuk memberi sokongan lebih besar kepada perniagaan dan universiti UK dalam menentang pengintipan industri China.

Janji baharu Rishi Sunak sudah pasti akan menggembirakan penentang China dan Parti konservatif yang telah berulang kali menggesa Boris Johson untuk lebih keras ke atas Beijing.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat