Rishi Sunak Stress! Makin Banyak La Hutang UK Lepas Ni

327

Baru sahaja Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak ingin menarik semula bantuan pekerjaan ‘skim furlough’, namun disebabkan lonjakan kes dan sekatan terbaru dilaksanakan beliau kini perlu menyediakan lebih banyak sokongan untuk menghalang pengangguran naik lebih tinggi.

Susulan daripada sekatan terbaru yang dikenakan Perdana Menteri Boris Johnson, Sunak kini dilaporkan akan menyusun rancangan baru untuk melindungi pekerjaan dan menyelamatkan perniagaan di negara itu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Parlimen pada Rabu, skim furlough yang bertujuan menyokong pekerjaan ketika berdepan dengan krisis pandemik akan digantikan dengan program subsidi gaji mulai bulan depan, lapor The Telegraph.

Menurut sumber daripada kerajaan UK, Rishi Sunak dikatakan akan mengumumkan perubahan tersebut pada hari ini.

Namun begitu, dengan peningkatan berterusan dalam perbelanjaan kerajaan, ini membawa maksud hutang negara yang telah melebihi £ 2 trilion juga akan bertambah lebih besar.

Hal ini pastinya memberi tekanan kepada kerajaan untuk menyeimbangkan ekonomi negara yang telah diburukkan oleh kesan pvid-19 dan ktidakpastian Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat