Risiko Covid-19 Goyahkan Keyakinan Terhadap Pasaran, USD/JPY Pamer Kenaikan Semula

788

Sentimen risk-on pasaran pada awal minggu diancam kembali oleh kebimbangan terhadap statistik kes jangkitan Coronavirus yang boleh mengganggu fasa pemulihan semula ekonomi.

Pergerakan harga bagi matawang safe-haven terutamanya US dolar dan Yen dipengaruhi perubahan sentimen pasaran semasa dengan arah pergerakan harga dipacu oleh US dolar.

Pada Isnin, US dolar bergerak lebih lemah berbanding Yen dengan penurunan sekitar 50 pips dicatatkan pada carta pasangan matawang USD/JPY.

Penurunan tersebut telah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang turut berada di zon RBS (resistance become support).

Harga mencecah paras terendah harian sekitar 107.250 di penghujung sesi New York dan menutup dagangan di paras sekitar tersebut.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak mendatar sebelum mula pamerkan kenaikan pada awal sesi Eropah yang kembali bergerak lebih tinggi semula di atas paras halangan dinamik MA50.

Kenaikan harga menguji paras ketinggian yang dicapai semalam sekitar 107.800 dan bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan momentum yang dipamerkan harga.

Harga bakal menguji semula zon resistance di paras tumpuan 108.000 yang diuji pada minggu lalu. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, destinasi tumpuan seterusnya adalah pada zon resistance dalam julat 108.500-108.700.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, harga bakal turun menguji paras tumpuan pada 107.000 sebelum menuju ke zon RBS sekitar 106.600.

Penurunan lebih rendah berpotensi untuk mencecah ke paras support sekitar 106.000 yang gagal ditembusi ketika dagangan Mei lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat