Risiko Politik Australia : Ini Sebab Kejatuhan Matawang AUD Pagi Tadi

723

Matawang AUD adalah matawang paling lemah pada sesi Asia hari Khamis di mana ia melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain berikutan risiko politik yang tercetus di Australia. Paling jelas dilihat menjunam pada pagi ini adalah pasangan matawang AUD/USD.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull berhadapan risiko politik pada Khamis selepas tiga daripada menteri kabinet beliau meletakkan jawatan. Ketiga-tiga menteri itu mahu pemilihan parti diadakan semula untuk memutuskan masa depan beliau.

Menteri Kewangan Mathias Cormann, Menteri Komunikasi Mitch Fifield dan Menteri Kerja Michaelia Cash mengadakan sidang media bersama pagi tadi dan mengumumkan perletakan jawatan mereka.

“Perletakan jawatan itu bermaksud ia sudah berakhir terhadap beliau dan Australia akan mendapat pemimpin baru hari ini,” kata Haydon Manning, pemerhati politik di Universiti Flinders.

Sejak tahun 2007, ekonomi ke-13 terbesar dunia ini telah menyaksikan perubahan kepimpinan sebanyak lima kali dan tiada Perdana Menteri yang menghabiskan penggal sepenuhnya.

Ketika ini matawang Aussie kekal tertekan dan dijangka berlanjutan selagi tiada penyelesaian dalam isu politik Australia. Indeks saham utama Australia juga mengalami kejatuhan pada Khamis dengan ASX200 jatuh 0.25% setakat pada pukul 12 tengah hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat