Risk-Off! Pasaran Ekuiti Susut Tatkala Pelabur Cari Aset Selamat

141

Tindakan gergasi peruncitan Amerika Syarikat (AS), Walmart Inc yang mengurangkan unjuran keuntungannya membuatkan sentimen pelabur bertukar risk-off selain faktor mesyuarat FOMC pada Khamis.

Rentetan itu, pasaran ekuiti mengalami penyusutan sementara aset dolar dan hasil Perbendaharaan memasuki rali.

Melihat indeks Wall Street, Dow Jones Industrial jatuh 0.71% pada 31,761.54, S&P 500 hilang 1.15% pada 3,921.05 dan Nasdaq Composite turun 1.87% pada 11,562.58.

Ulas Carol Schleif dari BMO, Walmart dilihat sebagai penentu ‘corak kesihatan pengguna’ telah merendahkan unjuran keuntungan kerana terdapat lonjakan harga makanan dan bahan api yang menyebabkan pengurangan pembelian.

Tambahnya, kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi serta kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) turut membuatkan pelabur lari keluar dari aset berisiko.

Di sisi berbeza, indeks STOXX 600 pan-Eropah turun 0.03% dan tolok MSCI saham seluruh dunia hilang 0.92%.

Aliran mata wang memperlihatkan indeks dolar mengukuh 0.752%, mematahkan 3 sesi kerugian, sementara Euro menurun 1.04% pada $1.0114 dan Yen Jepun melemah 0.15% pada $136.90.

Penurunan pada Euro adalah disebabkan kebimbangan bekalan tenaga rentetan daripada keputusan catuan gas oleh Kesatuan Eropah (EU) selepas Rusia hanya membenarkan saluran paipnya beroperasi pada kapasiti 40% sahaja.

Dalam pada itu, penanda aras nota 10 tahun naik 5/32 dalam harga kepada hasil 2.8032% sementara bon 30 tahun naik 17/32 dalam harga kepada hasil 3.0227% sementara nota 2 tahun jatuh 2/32 pada hasil 3.0609%.

Bagi komoditi, kebimbangan mengenai keyakinan pengguna dan jangkaan 20 juta tong minyak mentah akan dikeluarkan Rizab Petroleum Strategik AS meredakan harga.

Minyak mentah AS turun 1.78% pada $94.98 dan minyak mentah Brent jatuh 0.71% pada $104.40.

Spot emas juga susut 0.1% pada $1,716.98 per auns apabila pelabur memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi dan mesyuarat FOMC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat