Robert Kaplan Sekali Lagi Mengganggu Ketenangan Pasaran dengan Kenyataan Ini

37

Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan sekali lagi menegaskan gesaannya terhadap Fed pada Isnin agar segera menaikkan kadar.

Kaplan, yang juga ahli jawatankuasa yang akan mengundi pada tahun ini telah beberapa kali mengulangi pendirian ini agar kenaikan kadar perlu dijalankan lebih awal daripada yang dirancang.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan kepada pelajar universiti di Norman, Oklahoma.

Namun begitu, Kaplan tidak merujuk kepada mana-mana mesyuarat Fed.

Fed kali terakhir menaikkan kadar pada bulan Disember sambil meletakkan unjuran kenaikan sebanyak 3 kali lagi tahun ini. Pengerusi Fed, Janet Yellen turut meletakkan jangkaan untuk menaikkan kadar pada mesyuarat Mac, Mei dan Jun.

Desas-Desus Mengenai Peningkatan Kadar Pada Mac Membenam Logam Kuning

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat