Rundingan Sulit Amerika Syarikat Dengan Rusia, Ada Apa-apa Ke Ni?

467

Pegawai tertinggi Amerika Syarikat didakwa telah mengadakan rundingan sulit dengan Rusia berhubung perangnya di Ukraine.

Berita mengejutkan ini hadir daripada Wall Sreet Journal yang melaporkan perbincangan tersebut bertujuan untuk mengurangkan risiko perang daripada tercetusnya konflik nuklear.

Difahamkan, rundingan tersebut melibatkan Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan dengan pembantu Kremlin Yuri Ushakov dan setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Nikolai Patrushev sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, Sullivan dikhabarkan hanya membincangkan cara untuk mengawal risiko peningkatan nukelar dalam perang di Ukraine, tetapi tidak melibatkan sebarang rundingan mengenai penamatan konflik.

Sementara itu dalam laporan terbaru oleh BBC pada Selasa, Jake Sullivan mengesahkan perkara tersebut dengan berkata saluran komunikasi antara Washington dan Moscow kekal terbuka walaupun berlaku perang di Ukraine.

Ujar beliau, ia adalah kepentingan AS untuk mengekalkan hubungan dengan Moscow, tetapi Sullivan menegaskan bahawa para pegawai berhati-hati dengan siapa mereka berurusan.

Terdahulu, dilaporkan bahawa pegawai kanan AS menggesa Ukraine untuk membuka peluang kepada rundingan dengan Rusia.

Adakah ini bermakna Amerika Syarikat mahukan Rusia dan Ukraine kembali berbaik?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat