Rusia Kini Kuasai Nuklear Ukraine Yang Terbesar Di Eropah?

500

Walaupun menerima tentangan daripada Amerika Syarikat dan sekutunya, Presiden Rusia Vladimir Putin bertindak untuk memuktamadkan pengilhakan haram beberapa wilayah Ukraine.

Pada Rabu, Kremlin mengumumkan Putin menandatangani undang-undang untuk mengambil wilayah Donetsk, Luhansk, Kherson dan Zaporizhzhia sebagai sebahagian daripada Rusia.

Di bawah undang-undang itu, ia juga bermakna Rusia mempunyai penguasaan ke atas loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia yang juga merupakan terbesar di Eropah.

Tindakan itu dibuat selepas Rusia mengadakan referendum di 4 wilayah itu, namun tidak diiktiraf oleh Ukraine dan Barat yang menyifatkannya sebagai palsu dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Walaupun pada masa ini tentera Rusia hanya mengawal sebahagian daripada kawasan tersebut, namun Putin kini menganggap semua wilayah berada di bawah perlindungannya.

Beliau juga berikrar untuk menjaga kestabilan 4 wilayah itu selepas Ukraine berkata ia berjaya merampas semula kampung di Luhansk dan Kherson.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata Rusia akan merampas semula mana-mana wilayah yang hilang.

Terdahulu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky telah mengemukakan permohohan segera untuk menyertai NATO sebagai tindak balas kepada pengilhakan haram oleh Rusia dan menolak rundingan rasmi dengan Putin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat