Rusia mungkin akan menghadkan aktiviti pelaburan kripto bagi golongan amatur atau lebih tepat, pelabur yang tidak mahir melabur matawang kripto.
Russian State Duma Deputies dikhabarkan telah mulakan perbincangan perundangan yang akan menyekat pelabur matawang digital amatur daripada terikat dengan aset digital pada masa akan datang.
Usaha tersebut, “Unskilled Investors” telah disahkan oleh ketua Duma Committee bagi Financial Market, Anatoly Aksakov ketika International Conference on the Protection of Consumer Rights of Financial Services.
Russian State Duma akui skeptikal dengan kesesuaian matawang kripto bagi pelabur yang tidak mahir. Manakan tidak, ciri matawang digital yang terkenal dengan ketidakstabilan harga dan kepantasan inovasinya dilihat lebih sesuai menjadi pelaburan golongan yang memiliki kemahiran sederhana mahir.
Disebabkan itu Aksakov percaya perlu ada garis panduan yang lebih spesifik bagi tujuan perlindungan pelabur bukan profesional untuk mengelakkan daripada risiko yang tinggi.
Keputusan diambil ketika Bank of Rusia membentangkan rancangan terbaru, mahu memperlahankan aktiviti transaksi di bursa kripto bagi tujuan untuk melindungi pelabur runcit daripada pelaburan beremosi.
Timbalan gabenor pertama Bank of Rusia, Sergey Shvetsov yakin dengan cara ini pelabur Rusia terselamat daripada kerugian ketika pasaran kripto runtuh.
Buat masa sekarang, Rusia mencatatkan peningkatan pelaburan di dalam aset Bitcoin (BTC) berbanding aset-aset kripto yang lain. Tinjauan Russia’s Association of Forex Dealer pada Ogos mendapati sebanyak 77% pelabur Rusia bersetuju matawang kripto merupakan pelabur yang dinanti-nantikan.