Sadiq Khan: UK Dijangka Rugi $73 Billion Pada 2030 Berikutan Brexit

652

Britain dijangka rugi sehingga $73 billion pada 2030 disebabkan Brexit dan kerugian ini juga bergantung kepada perjanjian yang akan dimeterai antara kedua-dua pihak (UK-EU) tahun depan. Jumlah ini dikeluarkan oleh penilaian terhadap impak dana pembayar cukai di UK.

Datuk bandar London Sadiq Khan ditugaskan untuk menjalankan kajian ekonomi terhadap beberapa impak Brexit kepada UK dan kepada sembilan sektor utama.

Penilaian senario ini adalah berdasarkan beberapa perkara iaitu, keluar dari pasaran tunggal, customs union, meninggalkan kedua-duanya dan kegagalan mendapat sebarang perjanjian (hard-brexit).

Penilaian yang dibuat oleh Ekonometrik Cambridge ini mengatakan pengeluaran ekonomi di seluruh UK mungkin susut 3% pada 2030 berbanding jika Britain kekal berada dalam pasaran tunggal dan juga custom union. London berkemungkinan susut 2% dalam pengeluaran ekonomi.

“Analisis bebas akan membantu memberi panduan kepada kerajaan untuk mendapatkan hasil terbaik untuk London dan UK,” kata Sadiq Khan.

“Jika kerajaan tersilap dalam rundingan, kita mungkin akan mengalami kerugian berpuluh tahun akan datang.”

“Analisis yang dijalankan menunjukkan jika kita tidak mendapat perjanjian yang baik atau lebih buruk daripada itu, semakin besar juga kesannya kepada pekerjaan, dan pertumbuhan ekonomi.”

Britain akan berhadapan dengan rundingan fasa kedua pada tahun ini selepas memeterai perjanjian fasa pertama bersama Kesatuan Eropah (EU) hujung tahun lalu. Namun, rundingan belum lagi tamat dan kedua-dua pihak akan beralih pula kepada rundingan fasa kedua yang disifatkan sebagai ‘sangat sukar’ oleh beberapa pemimpin Kesatuan Eropah.

Rundingan fasa kedua dijangka akan menjadi penggerak utama kepada matawang GBP tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat