Sah iOS Punca Masalah, Zuckerberg Label App Store ‘Conflict of Interest’

217

‘Dah sampai 2 orang kritik maknanya memang Apple lah yang salah kan?’

Awal minggu ini App Store milik Apple Inc mencetus kemarahan Elon Musk apabila aplikasi Twitter disekat di peranti iOS, kini ketua eksekutif Meta Platform Mark Zuckerberg pula menambah kritikan.

Dalam satu temu bual semasa persidangan New York Times DealBook, Zuckerberg melabel peraturan penyederhanaan kandungan App Store sebagai ‘conflict of interest’ terhadap aplikasi-aplikasi milik Meta.

Kritiknya bahawa menjadi satu masalah besar apabila syarikat bertindak mengawal pengalaman aplikasi pada peranti mereka dengan sebahagian besar keuntungan dalam ekosistem tersebut diambil oleh Apple.

Ia dipercayai merujuk kepada isu dominasi serta peraturan anti-persaingan Apple dan Google milik Alphabet Inc hadapi dengan syarikat-syarikat teknologi dalam gedung aplikasi mereka.

Isu tersebut, polisi dan yuran terutamanya, sering menjadi titik pertikaian bagi syarikat teknologi yang mahukan aplikasi mereka tembus arus perdana.

Sejak perubahan polisi privasi Apple, kebanyakan syarikat teknologi yang berteraskan pengiklanan untuk menjana hasil terpaksa menanggung rugi.

Meta sendiri sebagai contohnya mengalami penurunan hasil syarikat selepas polisi privasi Apple menyekat pengiklanan yang mengumpul corak minat pengguna pada Facebook dan Instagram.

Walaupun lantang mengkritik, hubungan Zuckerberg dengan ketua eksekutif Apple iaitu Tim Cook dikatakan masih baik dengan mereka berdua difahamkan menyelesaikan salah faham berkenaan isu Twitter dalam ‘mesyuarat aman’.

Dalam pada itu, Zuckerberg juga sempat ditanya wartawan berkenaan pandangannya terhadap kemajuan Elon Musk dan Twitter di mana beliau mengatakan ‘ia satu perkara menarik untuk diperhatikan’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat