Saham Global Bergolak Ekoran Sesi Penjualan Wall Street

201

Berita saham global dimulakan di rantau Asia, di mana kebanyakan saham Asia-Pasifik dibuka lemah ekoran sesi penjualan di pasaran Wall Street pada Jumaat lalu.

Nikkei 225 Jepun jatuh 2.08% sementara Topix turun 1.79%, manakala Kospi Korea susut 1.25% dan Kosdaq kuncup 1.69%.

Di Wall Street pula, niaga hadapan indeks-indeks utama saham Amerika Syarikat (AS) berada di paras rendah selepas sesi penjualan pada Jumaat lalu apabila Dow Jones menyaksikan penurunan lebih 900 mata, kejatuhan terburuk sejak Oktober 2020.

Niaga hadapan indeks purata Dow Jones Industrial hilang 36 mata atau 0.1%, niaga hadapan S&P 500 susut 0.2% dan niaga hadapan Nasdaq Composite turun 0.2%.

Selain itu, pelabur Wall Street juga sedang bersiap sedia dengan impak laporan pendapatan oleh gergasi teknologi seperti Amazon dan Apple yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

Umumnya, Wall Street kini dalam musim laporan pendapatan dengan lebih 160 syarikat-syarikat S&P 500 dijangka mengeluarkan laporan mereka pada minggu ini selain gergasi-gergasi big tech lain.

Pusingan pendapatan terkini muncul semasa Federal Reserve (Fed) bernada hawkish dan kenaikan hasil bon yang mencetus kegelisahan mengenai kemungkinan penggubal dasar akan merosakkan ekonomi ketika ia berusaha membendung inflasi yang terburuk sejak 4 dekad.

Ekoran daripada itu, pelabur optimis  mengharapkan prospek korporat kukuh akan menyokong pasaran, seterusnya meningkatkan tekanan ke atas syarikat untuk melaporkan keputusan dan ramalan yang baik.

Ia secara tidak langsung menyebabkan pelabur meinggalkan saham syarikat yang mengalami prestasi yang buruk.

Dalam pada itu, perhatian turut tertumpu kepada Twitter yang dilaporkan bakal menyemak semula bidaan jutawan Elon Musk untuk mengambil alih syarikat tersebut selepas beliau mengumpul dana US$46.5 bilion untuk pembelian.

Ringkasan mata wang menyaksikan indeks dolar yang menjejaki sejumlah mata wang lain berada di paras 101.120 sementara Yen Jepun melemah pada 128.66 per dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat