Saham Melantun Semula Selepas Kemunculan Omicron Tempoh Hari

340

Isnin menyaksikan pasaran saham dunia kembali tenang apabila pelabur menunggu lebih banyak maklumat mengenai tahap bahaya ancaman varian coronavirus Omicron terhadap ekonomi yang telah membuatkan saham dan harga minyak melantun semula.

Indeks Dow Jones Industrial Average naik 236.6 mata atau 0.68% pada 35,135.94, S&P 500 tambah 60.61 mata atau 1.32% pada 4,655.23 dan Nasdaq Composite menokok 291.18 mata atau 1.88% pada 15,782.83.

STOXX 600 pan-Eropah melonjak 0.7% mencatat hari terbaiknya dalam sebulan dan memulihkan sebahagian kemerosotan 3.7% pada Jumaat yang dicetus oleh kebimbangan mengenai varian Omicron.

Tolok saham MSCI seluruh dunia mencanak 0.67%.

Berita mengenai varian tersebut telah mencetus panik pada Jumaat sehingga mengakibatkan penurunan lebih kurang $2 trillion daripada nilai saham dunia selepas beberapa negara mengenakan sekatan baharu kerana kebimbangan terhadap varian baharu tersebut yang mungkin menolak vaksinasi dan melambatkan lagi pembukaan ekonomi dunia.

Namun, para pelabur mulai kurang rasa khuatir selepas terdapat laporan yang mengatakan kesan varian baharu tersebut ‘luar biasa tetapi ringan’ dan vaksin Covid-19 sedia ada mungkin berkesan untuk mencegah penyakit teruk.

Indeks MSCI Asia-Pasifik luar Jepun menurun 0.4% namun mendapat sokongan menjelang paras terendah 2021 dengan Nikkei Jepun susut 1.6% selepas negara matahari terbit itu bertindak menghalang kemasukan orang asing bagi membendung Omicron.

Seterusnya, harga minyak melantun semula dan mencapai bon selamat kerana pasaran bergantung harapan varian baharu tersebut terbukti mempunyai kesan ringan.

Harga minyak meningkat selepas menjunam 10% pada Jumaat dengan niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) naik 2.6% pada $69.95 setong dan niaga hadapan minyak Brent tambah 1% pada $73.44 setong.

Sementara itu, nota penanda aras 10 tahun susut 9/23 dalam harga untuk menghasilkan 1.5141% daripada 1.485% yang dicatat pada Jumaat.

Hasil bon berdaulat Eropah meningkat dengan angka inflasi terkini menonjolkan cabaran yang akan datang bagi bank pusat Eropah.

Indeks dolar meningkat 0.07% dengan Euro susut 0.32% pada $1.1281.

Niaga hadapan emas AS turun 0.2% pada $1,782.30.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat