Saham Pemaju Hartanah ‘Terbakar’ Hari Ini Selepas Forest City Diumum Zon Khas Kewangan

19,186

Sejak akhir-akhir ini, tumpuan pemain pasaran Malaysia terarah kepada Forest City, dimana terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Forest City, Johor sebagai Zon Khas Kewangan dalam ucapan beliau pada majlis dialog Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Johor, Jumaat lalu.

Penganalisis berpendapat bahawa tujuan pembangunan itu bertujuan menarik minat syarikat-syarikat korporat untuk melabur dalam negara dan menarik minat individu untuk mendiami di sana.

Maka tidak hairan bahawa para pelabur saham turut memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang berkaitan projek ini termasuk beberapa saham pemaju hartanah. Ekovest Bhd adalah saham yang paling aktif didagangkan pada hari Isnin dengan 119.88 juta saham diperdagangkan. Saham Ekovest Bhd telah meningkat sebanyak 6 sen atau 13% kepada paras dagangan 51.5 sen seunit saham. Ini menjadikan modal pasaran saham tersebut sebanyak RM1.39 bilion.

Disisi lain, Iskandar Waterfront City Bhd (IWCity) pula catat peningkatan sebanyak 8 sen atau 13.4% kepada 67.5 sen, dengan 90.47 juta saham didagangkan. Ini menjadikan ianya saham yang paling aktif didagangkan kedua di Bursa Securities. Sementara itu, UEM Sunrise Bhd, pembangun utama Iskandar Puteri di Johor, naik 4.5 sen atau 6.7% kepada 71.5 sen, menjadikan modal pasaran sebanyak RM3.62 bilion. P Setia Bhd juga mendapat tambahan 8 atau 9.6% kepada 91 sen.

Seperti yang dilaporkan oleh intraday.my, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa ia merupakan salah satu usaha kerajaan merancakkan pembangunan ekonomi kawasan terbabit dengan menjadikan ianya Zon Khas Kewangan.

Dalam satu nota kepada pelabur pada hari Isnin, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menyatakan bahawa Forest City sebagai kawasan kewangan istimewa telah meningkatkan potensi pembangunan di sebelah barat daya Johor.

“Langkah strategik ini tidak hanya mendorong kepelbagaian ekonomi dan keseimbangan pertumbuhan di kawasan yang berbeza di Iskandar Malaysia, ia juga menawarkan potensi penciptaan pekerjaan yang besar dan meningkatkan daya tarikan pelaburan Iskandar Malaysia,” katanya.

RHB Research, sementara itu menjangkakan bahawa lebih banyak pembangunan akan beralih ke kawasan Malaysia-Singapura Second Link keranan sumber tanah yang luas dan infrastruktur yang terbangun dengan baik, dan Forest City terletak bersebelahan dengannya.

Antara insentif-insentif lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah termasuk visa kemasukan, laluan pantas bagi mereka yang bekerja di Singapura, dan kadar cukai pendapatan tetap 15% bagi pekerja berpengetahuan.

Walaupun inisiatif zon kewangan istimewa ini menawarkan potensi yang besar, Maybank menyatakan rangkaian pengangkutan dan infrastruktur yang cekap yang ditawarkan oleh Forest City adalah penting untuk menarik pelabur. Pemaju hartanah perti Eco World Development Bhd, S P Setia, UEM Sunrise dan KSL Holdings Bhd, yang memberi lebih tumpuan kepada hartanah tanah berpatutan berharga RM1 juta seunit dan taman industri, dijangka akan mendapat manfaat daripada kesan pelaburan yang semakin meningkat dan peluang pekerjaan dalam jangka masa panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat