Sampai Bila Pasaran Perlu Menderita Kerana Powell?

877

Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell berulang kali mengungkapkan janjinya untuk kekal dengan pendirian bank pusat terhadap dasar monetari semasa meskipun kebimbangan terhadap kenaikan inflasi terus memberi tekanan buat pasaran.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang menunjukkan peningkatan ketara sejak akhir tahun lalu, menandakan kebimbangan bahawa perbelanjaan besar kerajaan akan mendorong inflasi melebihi sasaran bank pusat lebih cepat dari dijangkakan.

Walaupun begitu, Powell tetap menahan diri dari menggunakan kuasanya dengan hanya mengatakan bahawa perubahan ketara dalam pasaran bon ‘menarik perhatian saya’, dan menekankan bank pusat tidak akan mengubah pendirian terhadap dasarnya.

Beliau turut menambah bahawa kadar faedah semasa akan kekal sehingga sasaran pekerjaan penuh dan inflasi 2% bank pusat dapat dicapai.

Hal ini telah mendorong hasil bon AS 10 tahun melonjak di atas 1.5%, menjadikan dagangan US dolar lebih tinggi dan pasaran saham susut rendah.

Persoalannya sekarang, sampai bila pasaran perlu menderita kerana pandangan Powell ni?

Hal ini mungkin akan berterusan sehingga sekurangnya-kurangnya 18 Mac, iaitu di mana mesyuarat polisi FOMC seterusnya akan diadakan. Pada masa itu, Powell dan para penggubal dasar yang lain akan menilai pergerakan pasaran serta memutuskan sama ada mereka perlu mengubah haluan dasar monetari.

Adakah bank akan meningkatkan pembelian bon melebihi $120 bilion sebulan. Powell mungkin mengatakan ‘tidak’ sekarang, tetapi adakah pendiriannya akan tetap sama pada mesyuarat polisi akan datang?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat