Samsung Mahu Tebus Kesilapan Tahun Lalu!

109

Samsung Electronics Co. menilai ketidaktentuan ekonomi global dan pertumbuhan pasaran utama yang lebih perlahan bagi tahun ini ekoran syarat-syarat perdagangan yang lebih ketat disamping turun naik matawang.

Dalam ucapan Tahun Baru, Naib Pengerusi Samsung, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif bersama iaitu Kwon Oh-hyun, menggesa pekerjanya untuk belajar dari kegagalan yang pernah dilalui syarikat terbabit tahun lepas. Syarikat elektronik gergasi itu juga mempunyai misi dalam kembali pulih sekali gus mengembalikan prestasi cemerlang Samsung.

Kata Kwon di ibu pejabat Samsung, Korea Selatan, Samsung tidak akan berkompromi dengan masalah yang melibatkan kualiti produk, walaupun ianya merupakan masalah kecil. Beliau juga bercita-cita dalam meningkatkan kualiti pembuatan dan pemeriksaaan keselamatan.

Masalah kebakaran Note 7 telah mencalarkan nama Samsung sehingga produk tersebut akhirnya dimansuhkan. Keuntungan syarikat pembuat telefon pintar itu juga telah merosot pada rekod terendah pada suku ketiga.

Ketika Samsung dilanda pelbagai masalah, pesaing-pesaing mereka telah memberikan lebih tumpuan kepada pelaburan teknologi yang lebih canggih termasuk (artificial intelligence) dan data yang lebih besar. Dalam masa yang sama, Samsung akan menambah keupayaan inovasi serta  penambahbaikan terhadap produk yang bakal dihasilkan.

Tandakan Kalendar Trading Anda dengan Event-Event Penting Sepanjang Minggu Ini! (2-6 Januari 2017)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat