Samsung Secara Rasmi Meluaskan Pasaran Perniagaan Ke Dalam Industri Crypto

889

Syarikat Samsung telah mengorak langkah dengan meluaskan perniagaannya ke dalam bidang matawang crypto.

Samsung telah mengumumkan perjanjian pada minggu lepas untuk mengeluarkan perisian perlombongan matawang crypto seperti Bitcoin.

Sebelumnya industri perlombongan bitcoin ini dipelopori oleh syarikat dari China iaitu Bitmain, serta syarikat Amerika Canaan dan Bitfury. Syarikat tersebut mengkhusus dalam pengeluaran chip ASIC (application-specific integrated circuits) yang bertujuan untuk melombong Bitcoin atau matawang crypto lain.

Syarikat Samsung telah menjalankan kerjasama dengan syarikat perlombongan crypto dari Taiwan. Berdasarkan laporan, syarikat Taiwan, TSMC telah mengeluarkan chip untuk beberapa syarikat. Syarikat tersebut telah berjaya mengutip hasil sebanyak $350-$400 juta bagi sukuan tahun.

Hal ini menyebabkan Samsung yang merupakan salah satu syarikat pengeluar processor terbesar secara rasmi berminat untuk menyertai industri ini.

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat