Sang Beruang Menjuarai Hujung Minggu, Pelabur Okay Ke Tu?

212

Mencerminkan prestasi lemah semalaman Wall Street, Bursa Malaysia tampak bergerak lemah pada hujung minggu.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 2.33 mata pada 1,435.39 sebelum turun 2.57 mata pada 1,435.15 berbanding penutupan semalam pada 1,437.72.

Di pasaran meluas, kerugian pada 164 atasi keuntungan pada 156, manakala 926 kaunter pula tidak berubah, 1,116 tidak didagangkan dan 19 digantung.

Jumlah perolehan pada 2.92 juta unit bernilai RM2.68 juta.

Menurut nota Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran tempatan dijangka bergerak mendatar dengan pelbagai input global seperti nada hawkish Federal Reserve (Fed) dan perletakan jawatan Perdana Menteri Britain mencemarkan sentimen.

Selain itu, pelabur tempatan juga dilihat bergerak berhati-hati menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 dengan kaunter berkaitan politik menjadi tumpuan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan CIMB Group Holdings Bhd tambah 1 sen pada RM5.51, MISC Bhd maju 7 sen pada RM7.13, Maybank dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kekal RM8.60 dan RM8.23 sementara Public Bank Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd turun 5 sen RM4.39 dan RM8.85.

Saham aktif memperlihatkan Careplus Group Bhd dan Eduspec Holdings Bhd capai 0.5 sen pada 44.5 sen dan 2 sen, Top Glove Corp Bhd kekal pada 73.5 sen sementara Serba Dinamik Holdings Bhd dan Borneo Oil Bhd kurang 0.5 sen pada 2.5 sen dan 2 sen.

Di papan indeks,  FBM Emas turun 7.28 mata pada 10,162.52, the FBM 70 maju 35.06 mata pada 12,028.09, FBMT 100 jatuh 6.95 mata pada 9,910.52, FBM Emas Shariah tambah 0.38 mata pada 10,164.09 dan FBM ACE susut 5.82 mata pada 4,777.30.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan susut 36.91 mata pada 16,349.96, indeks Produk serta Perkhidmatan naik 0.10 mata pada 174.49, indeks Perladangan turun 44.0 mata pada 6,795.65 dan indeks Tenaga kurang 3.87 mata pada 679.41.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat