Satu Lagi Minggu ‘Berdarah’ Buat Pasaran Minyak Mentah

631

Dagangan minyak mentah menuju penurunan mingguan kedua berturut-turut walaupun harga dilihat stabil pada Jumaat dengan kebimbangan mengenai bekalan global membataskan kerugian.

Menuju pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit meningkat pada $105 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula positif pada $102 setong.

Kedua-dua penanda aras berada di landasan untuk kerugian minggu kedua berturut-turut.

Kejatuhan ketara minggu ini dapat dilihat berlaku pada Selasa, di mana dagangan WTI menyusut 8% sementara Brent pula menjunam 9%.

Penganalisis berpandangan peningkatan harga mungkin kekal terbatas dengan lebih banyak kenaikan kadar faedah akan datang yang menimbulkan risiko kepada pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun,satu-satunya punca yang mempertahankan minyak mentah daripada jatuh lebih rendah adalah kekangan bekalan global berikutan sekatan ke atas minyak Rusia.

Sekatan Barat ke atas import minyak dan gas Rusia telah mengekalkan harga tenaga global di paras tertinggi dengan pengeluar utama OPEC bergelut untuk menampung kekurangan pengeluaran daripada Moscow.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat