Yeahhh dah boleh pergi Australia jumpa Koala.
AirAsia X (AAX) akan menyambung semula penerbangan komersialnya antara Kuala Lumpur dan Sydney mulai 14 Februari.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (31 Januari), syarikat penerbangan tersebut akan mengutamakan penebusan penuh bagi penumpangnya yang terjejas oleh penstrukturan semula mereka.
Tambah kenyataan tersebut lagi, pelanggan AAX boleh mengembalikan semula tempahan penerbangan mereka dan menggunakan akaun kredit mereka bagi menempah penerbangan.
Dalam nota yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut, penerbangannya akan mula dikendalikan setiap minggu pada hari Ahad dari Kuala lumpur ke Sydney dan kembali pada hari Isnin, dari 14 Februari hingga 22 Mac.
Sambungnya lagi, tambang yang ditawarkan bermula dari RM1,399 sehala termasuk (pendaftaran bagasi, satu set hidangan dan satu minuman) bagi kelas ekonomi atau RM3,999 bagi tetamu yang ingin merasai pengalaman tidur di atas katil premium kapal terbang.
Manakala, dari Sydney ke Kuala Lumpur pula tambangnya bermula dari US$399 (kira-kira (RM1,171.26) dan US$1,299 sehala termasuk semua keistimewaan.
Ketua pegawai eksekutif AXX, Benyamin Ismail berkata dengan ketiadaan laluan domestik, syarikat penerbangan tersebut telah menghadapi cabaran yang teruk kerana Covid-19 namun kini ia telah mendapat peluang dan akan bekerja keras untuk operasi di semua pasaran utama sebagai salah satu pengendali jarak sederhana kos rendah terkemuka dunia.
Setakat tengah hari tadi, AXX didagangkan turun 0.5 sen atau 10% pada 4.5 sen dengan modal pasaran bernilai RM186.67 juta.
Akhir kata dari saya dan Team Intraday.my, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru China.