Terra (LUNA) Kecundang, Terpalit Dengan Scam?

1,544

Sangkakan Terra (LUNA) tersungkur gara-gara pasaran kripto yang berhadapan dengan pembetulan harga, rupanya ada sebab mengapa aset ini susut mendadak sejak rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) tahun lepas.

Berdasarkan pemerhatian, LUNA mencatatkan ATH pada 27 Disember, didagangkan pada $103 (RM431) sebelum susut ke paras terendah untuk Januari 2022, mencatatkan nilai $44.07 (RM184) ketika artikel ini ditulis.

Apa yang berlaku?

Penyusutan harga LUNA berkait rapat dengan projek kewangan desentralisasi (DeFi) Wonderland dan individu bernama Michael Patryn.

Untuk pengetahuan, Patryn merupakan bekas banduan yang dipenjarakan selama 18 bulan atas kesalahan penipuan kad kredit dan bank; pecah amanah; penipuan komputer; rompakan; dan pecah masuk rumah sebelum dibuang negara ke Kanada pada 2005.

Kematian pengasas bersama bursa kripto, QuadrigaCX; Gerald Cotten yang mengejutkan pada 2018 telah mendedahkan Patryn ada terlibat dengan penipuan bernilai $133 juta, melibatkan 76,000 pelabur.

28 Januari – Bloomberg melaporkan projek Wonderland ada kaitan dengan Patryn selepas pengasas bersama Wonderland, Daniele Sestagalli menggesa individu tersebut untuk keluar dari senarai ahli lembaga.

Difahamkan keputusan diambil sebaik sahaja pendedahan nama ‘0xSifu’ rupanya adalah Patryn dan ia dirungkai oleh pemegang akaun Twitter yang dikenali dengan nama – zachxbt.

Lebih mengeruhkan keadaan, podcaster kripto – Aaron Lammer mendakwa Sestagalli sebenarnya sudah tahu latar belakang 0xSifu.

LUNA dan Wonderland (TIME)

Kejadian ini sudah semestinya memberi kesan kepada harga TIME. Tetapi kaitannya LUNA dalam insiden ini adalah kerana stablecoin Terra, UST boleh dipertaruhkan (stake) untuk membuat pinjaman stablecoin platform pinjaman Abracadabra, Magic Internet Money (MIM).

Untuk pengetahuan, Abracadabra juga diasaskan oleh Sestagalli.

Manakala LUNA pula terikat dengan UST sebagai pelindung inflasi kepada aset itu. Jadi, tidak hairanlah mengapa LUNA susut mendadak, melenyapkan rekod gemilangnya pada pertengahan Disember.

Ketika penulisan, LUNA didagangkan pada $45, susut hampir 12% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat