Sebab Omicron, Persidangan PBB Tertangguh Lagi

213

Persidangan perjanjian nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terpaksa ditangguhkan sehingga Ogos tahun depan berikutan lonjakan kes Covid-19 yang disebabkan oleh varian Omicron.

Pertemuan tersebut sepatutnya diadakan pada minggu depan di ibu pejabat PBB di New York. Ia bertujuan untuk menyemak perjanjian berkaitan nuklear, iaitu Non-Proliferation Treaty (NPT) 1970 setelah tertangguh selama dua tahun angkara pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, pejabat PBB untuk Hal Ehwal Perlucutan Senjata (UNODA) menghantar e-mel pada hari Khamis yang memberitahu pihak berkaitan bahawa persidangan tersebut akan diadakan pada 1 Ogos 2022.

Pada kebiasaannya, ia diadakan setiap lima tahun untuk menyemak semula perjanjian tersebut, di mana kali terakhir ia berlangsung adalah pada tahun 2015.

NPT adalah perjanjian antarabangsa yang bertujuan untuk menghalang penyebaran senjata nuklear yang telah ditandatangani oleh 93 buah negara.

Perjanjian tersebut juga menetapkan bahawa negara yang tidak mempunyai senjata nuklear apabila mereka menandatanganinya, tidak akan berusaha untuk mendapatkannya.

Sementara negara-negara yang sudah memiliki senjata sedemikian semasa menandatanganinya, seperti Amerika Syarikat, UK, Rusia, Perancis dan China akan bertindak untuk menghapuskannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat