Evergreen: Punca Beribu ‘Itik Mainan’ Terapung Di Laut Sejak 1992 !!

879

Siapa sangka isu kapal gergasi, Ever Given yang menyekat Terusan Suez telah merungkai satu misteri, lain daripada yang lain.

Penampakan ratusan itik, kura-kura, katak dan beaver sejak berbelas tahun yang lalu rupanya angkara firma perkapalan, Evergreen Marine Corp yang juga menguruskan kapal Ever Given.

Menelusuri sejarahnya, salah satu kapal milik Evergreen – Ever Laurel secara tidak sengaja telah melepaskan sebanyak 28, 800 permainan plastik ke Lautan Pasifik, merangkumi 7,200 beaver, 7,200 katak, 7,200 kura-kura dan 7,200 itik.

Kejadian itu berlaku sekitar tahun 90-an dan ternyata ‘haiwan-haiwan’ itu masih lagi berselerakan di lautan selama 19 tahun!

Kemunculan permainan plastik itu menjadi tanda tanya kerana tiada siapa tahu dari mana asalnya. Kemudian, seorang wartawan, Donovan Hohn membuat kajian dan menjelaskan jawapan kepada teka-teki itu dalam sebuah buku, Moby-Duck: The True Story of 28,800 Bath Toys Lost at Sea pada 2011.

Ekoran daripada itu, kajian saintifik dijalankan. Dua ahli laut, Jim Ingraham dan Curtis Ebbesmeyer telah menjejaki corak pergerakan permainan itu hingga kembali ke Pasifik Utara menggunakan simulator permukaan arus laut.

Simulator itu juga alat yang sama digunakan untuk mengesan 200 sneakers berjenama Nike yang hilang ketika penghantaran 80,000 kasut menggunakan kapal laut.

Berdasarkan koordinat dan rekod perkapalan, kapal Ever Laurel didapati telah meninggalkan Hong Kong pada 6 Januari 1992 dan tiba di Tacoma, Washington pada 16 Januari. Kali terakhir penampakan permainan itu pada 2007 di United Kingdom (UK).

Kapal Ever Given berjaya diapungkan pada pagi Isnin minggu ini selepas merentangi laluan Suez selama seminggu. Insiden itu menyebabkan Mesir terpaksa menelan kos kerugian kira-kira $14-15 juta setiap hari!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat