SEC Ambil Serius Projek Kripto Yang Melibatkan Pendanaan Awam!

989

Gary Gensler yang merupakan pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan yang kembali memberi penegasan mengenai pendirian SEC terhadap kripto. Menurut beliau industri kripto masih perlu berada di bawah undang-undang sekuriti pada tahun 2022. Beliau menyatakan bahawa fakta dan keadaan dalam pasaran kripto menunjukkan bahawa banyak projek kripto adalah bersifat sekuriti.

Dalam temu buat itu, pengerusi SEC mengulangi pendiriannya tentang keperluan untuk pematuhan peraturan dalam industri aset kripto. Walaupun beliau menolak untuk menjawab soalan mengenai sama ada Ethereum mempunyai unsur keselamatan atau tidak, Gensler malah memberi penjelasan secara umum bahawa mana-mana projek aset kripto yang mengutip dana daripada orang ramai perlu mematuhi Akta Kesalamatan A.S.

Ulasan beliau ini senada dengan ulasan tempoh hari apabila beliau ditanya mengenai projek ConstitutionDAO yang cuba mempelopori perlembagaan A.S dengan mengutip dana dana dalam bentuk kripto.  Beliau memilih untuk tidak memberi tumpuan untuk sesuatu projek tertentu namun menggariskan kriteria tertentu secara umum.

Kata beliau, mana-mana projek kripto yang melibatkan pengumpulan dana dari orang ramai harus di bawa ke peringkat lebih tinggi. Gensler menyatakan bahawa perkara utama yang beliau dapati kekurangan untuk industri kripto dalam mematuhi undang-undang sekuriti adalah gagal untuk memberi pendedahan maklumat penuh. Gensler menyatakan beliau bersetuju bahawa industri kripto adalah inovatif, tetapi perlu mendaftar dengan SEC jika ia akan terus mengumpul wang daripada orang ramai.

“Terdapat beribu-ribu projek ini pada asasnya cuba mengumpul wang daripada orang ramai supaya mereka boleh menyokong idea keusahawanan. Bahagian itu tidak mengapa. Ia dipanggil inovasi. Namun penekanan ini adalah tentang untuk membawanya ke dalam undang-undang sekuriti.” – Gensler

Beliau menambah bahawa walaupun banyak projek kripto akan berhujah bahawa mereka bukan sekuriti, waima “fakta dan keadaan menunjukkan bahawa mereka adalah kontrak pelaburan, ia adalah sekuriti, dan mereka harus mendaftar.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat